![]() |
|
![]() |
||||||||
SEJARAH PENUBUHAN Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Parit telah mula ditubuhkan pada tahun 1997. Di awal penubuhannya, kelas ini mempunyai 8 orang murid dengan 2 orang tenaga pengajar. Sehingga tahun 2009, bilangan murid bertambah kepada 16 orang. Manakala guru bertambah menjadi 5 orang dan dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid.
Falsafah pendidikan khas
Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan pendidikan biasa dan meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
Visi dan misi pendidikan khas
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan Negara.
Kurikulum pendidikan khas Setiap mata pelajaran atau kemahiran yang diajar di kelas pendidikan khas integrasi hendaklah memenuhi keperluan dan kemampuan murid berdasarkan Rancangan Pengajaran Individu ( RPI ). Murid pendidikan khas yang berkemampuan dalam bidang akademik akan diinklusifkan manakala murid yang kurang kemampuan dalam bidang akademik, guru akan memperuntukkan lebih masa untuk aktiviti-aktiviti berbentuk amali atau pravokasional.
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |